Pemasangan mesin laser cut bagi model 320 basic dan 640 Basic hampir sama untuk kedua model ini.
Terdapat kemungkinan perubahan kedudukan hos / plug mengikut model semasa.
Artikel ini sangat berguna untuk mereka yang mencari Panduan Pemasangan Mesin Laser, sama ada anda pelanggan LasercutMY mahupun membeli mesin direct dari China.
Ikuti 8 Langkah Pemasangan Mesin Laser Ini
Langkah Satu: Pasangkan Pam Air
Terdapat 2 hos air berwarna putihyang terletak dibelakang mesin. Satu hos disambungkan dengan Pam Air manakala satu lagi diletakkan menghala ke dalam bekas air.
Air haruslah diisi dengan anggaran 3/4 dari ketinggian bekas air. Anda diingatkan sentiasa memastikan Air sentiasa berjalan sewaktu mesin beroperasi.
Pam Air ini mendapat sumber kuasa dari Mesin Laser
Langkah Dua: Pasangkan Pam Angin
Mesin Pam Angin berwarna silver, dia membantu potongan dan ukiran mesin berjalan lancar.
Terdapat hos berwarna hitam / putih dengan label “Air Assist” yang perlu disambungkan dengan Pam Angin
Pam Angin ini mendapat sumber kuasa dari Mesin Laser
Langkah Tiga: Pasangkan Ventilasi Udara
Ventilasi ini menyalurkan habuk dan asap ke luar dari ruang kerja. Kesemua mesin laser yang dibekalkan oleh LasercutMY didatangkan sekali dengan Ventilasi Udara
Pasang ventilasi ini yang terletak di bahagian belakang mesin laser cut
Langkah Empat: Pasangkan Kabel Kuasa
Cucuk kabel kuasa ke mesin, pastikan plug tidak berkongsi dengan mesin yang menggunakan elektrik yang tinggi, seperti HeatPress atau Mesin CNC
Langkah Lima: Dapatkan No ID Mesin
No ID boleh didapati di Motherboard, terdapat 2 baris gabungan huruf dan nombor
Langkah Enam: Cucuk Kable USB kepada Komputer
Langkah Tujuh: Cucuk Dongle Oren Kepada Komputer
Mesin tidak dapat beroperasi sekiranya Dongle ini tidak dipasang
Langkah Lapan: Hidupkan mesin laser dengan menekan butang ON
Tahniah..Langkah Pemasangan Mesin Laser Telah Siap, ia sedia untuk digunakan
Link di bawah ini sangat berguna untuk anda dalam mengendalikan mesin laser ini
- Langkah Pemasangan Perisian CorelDraw dan Plugin CorelLASER
- Konfigurasi Software CorelLASER
- Langkah Pengendalian Software CorelLASER Menghasilkan Produk
Anda boleh mengikuti kami di laman Facebook rasmi kami untuk mendapatkan maklumat kraf ukiran laser, klik SINI
0 Comments