Langkah selenggara mesin ukiran laser, adalah satu langkah selenggara mesin ukiran laser untuk memastikan mesin ukiran laser sentiasa berfungsi dengan baik.
Usahawan kraf ukiran laser akan menghadapi masalah dalam mengendalikan mesin ukiran laser sekiranya ia tidak diselenggara dengan baik dan sistematik.
Antara masalah yang akan dihadapi akibat tidak selenggara mesin ukiran laser adalah seperti berikut
- Allignment mesin ukiran laser akan tersasar
- Pergerakan laser head akan terhalang
- Potongan dan ukiran menjadi tidak kemas
- Pengudaraan ruang kerja menjadi tercemar dan merbahayakan kesihatan
- Berlaku litar pintas, boleh mengakibatkan kebakaran
Berikut adalah perkakas yang perlu disediakan sebelum selenggara mesin ukiran laser
Minyak pelincir jenama SINGER / DW40
Stain Remover
Putik Kapas
Berus
Kain Microfiber
Peralatan ini digunakan untuk selenggara mesin ukiran laser. Ia mudah didapati, sama ada dibeli secara online di shopee mahupun kedai fizikal, di mana-mana hardware.
Bagaimana Cara Selenggara Mesin Ukiran Laser?
1. Bersihkan ruang kerja mesin ukiran laser dari sisa potongan
Ruang kerja yang penuh dengan sisa-sisa potongan meyukarkkan mesin anda beroperasi dengan baik, ia juga mengakibatkan kebakaran.
Buang sisa sampah potongan ke dalam tong sampah dan bersihkan habuk kayu dan akrilik secara berkala.
2. Letakkan minyak pada laluan pergerakan axis mesin dari sebarang halangan. Pastikan laser head dapat bergerak lancar
Bagi memastikan potongan dan ukiran mesin laser anda sentiasa tempat dan kemas, perlu meletakkan sedikit minyak pelincir di axis rail.
Anda perlu memastikan tidak meletakkan minyak di bahagia belting, ia akan memendekkan jangka hayat belting.
Anda juga dinasihatkan tidak meletakkan telalu banyak minyak , ia akan merosakkan mesin.
Penggunaan grease oil tidak digalakkan.
3. Bersih / gilap cermin refleksi dan kanta fokus
Membersikan cermin refleksi dan kanta fokus adalah perkara asas dalam selenggara mesin ukiran laser.
Mesin ukiran laser mengandungi 3 cermin refleksi, anda boleh merujuk diagram dibawah.
Cermin refleksi ini tidak perlu ditanggalkan, anda boleh membersihkannya dengan menggunakan putik kapas yang dicelup dengan pencuci Heavy Duty Stain Remover.
Apabila cermin telah dibersihkan, anda boleh membilas dengan putik kapas yang kering. Cermin haruslah dalam keadaan kering dan bersih, bagi memastikan pancaran laser tidak terganggu
Lensa fokus ini sedikit sulit dibuka bagi mereka yang tidak biasa. Laser head mungkin ketat, dan anda perlu membuka dengan berhati-hati.
Apabila kanta berjaya dibuka, anda boleh membersihkan dengan kain micro fiber yang dibasahkan dengan stain remover, pastikan anda tidak merosak / mencalarkan kanta semasa membersihkannya.
Apabila telah siap dibersihkan, anda perlu meletakkan semula kanta ke dalam laser hear. Sila pastikan bahagian kanta yang betul. Kanta ini terdapat bahagian cembung dan cengkung, sila rujuk diagram dibawah
4. Bersihkan tempat simpanan air (bagi mesin yang menggunakan pam air)
Sekiranya anda menggunakan mesin 50w 320 dan Mesin 60w 640, anda perlu memastikan tempat simpanan air untuk menyejukkan laser tube sentiasa bersih dari habuk.
Anda perlu menukar air sekiranya ia menjadi kotor dan berkurangan.
Air penyejuk laser tube yang kotor akan merosakkan laser tube dan mengganggu proses penyekukan. Air ini boleh ditukar sebulan sekali / dua kali bergantung pada keadaan.
Sekiranya anda menggunakan chiller seperti CW5000, anda perlu memastikan kandungan air diparas yang normal. Tambah air sekiranya ia berkurangan
5. Bersihkan saluran ventilasi
Membersihkan saluran ventilasi menggunakan berus, anda juga boleh menggunakan Air Compressor untuk membersihkan saluran angin ini.
Anda perlu pastikan tiada habuk yang menghalang motor ventilasi udara dan saluran udara bersih.
Kesimpulan
Ramai pengguna mesin ukiran laser tidak menitik beratkan pengelengaraan mesin, mereka beranggapan proses selenggara mesin ukiran laser itu sukar dan memerlukan kepakaran yang khusus.
Ternyata tanggapan itu tidak tepat sama sekali, penyelenggaraan mesin ukran laser boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Mesin ukiran laser tidak perlu diselenggara dengan terlalu kerap, anda boleh menetapkan masa, contohnya 2 minggu sekali. Penyelenggaraan juga perlu dilakukan sekiranya prestasi ukiran / potongan mesin menurun.
Penyelenggaraan mesin ukiran laser dapat memanjangkan hayat laser tube dan dan membolehkan mesin ukiran laser anda beroperasi tanpa ganggunan, anda boleh fokus dalam memnghasilkan produk.
Anda boleh follow page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai industry ukiran laser.
0 Comments