6 Perkara Perlu Dijauhi Usahawan Bila Memulakan Bisnes Kraf Ukiran Laser

by | Nov 20, 2023 | Business

Author
halim_yahya
Category
Date
November 20, 2023
mulakan Bisnes Kraf Ukiran Laser

mulakan Bisnes Kraf Ukiran Laser

 

6 Perkara Perlu Dijauhi Usahawan Bila Memulakan Bisnes Kraf Ukiran Laser

 

Perjalanan memulakan bisnes kraf  ukiran laser, di mana anda memutuskan untuk norma seharian, berkerja kepada kebebasan berbisnes dan menghasilkan kraf ukiran laser. Yes, ukiran laser. Ia seperti seorang pelukis atau pengarca, kurang mewarna dan lebih kepada melaser. Sebelum anda mula menjalankan mesin ukiran laser yang baru dibeli itu, mari kita ketahui perkara yang anda boleh elakkan apabila memulakan perniagaan ukiran laser anda.

 

 

Tidak Belajar : Mesin Ukiran Laser yang baru dibeli itu bukanlah microwave. Anda tidak boleh tekan butang dan berharap semuanya akan siap seperti magis. Utamakan latihan dan memahami selok-belok pembuatan produk dan mula dengan produk-produk kraf yang simple dan mudah dibuat sebelum mulakan bisnes kraf  ukiran laser

 

Ambil sedikit masa, dan pastikan Setting Parmeter anda betul. Belajar semua tentang material yang boleh digunakan  dengan mesin cut laser dan ukiran yang macam mana boleh dihasilkan, sebelum anda membazir material berharga, paling teruk boleh merosakkan mesin laser. Pastikan anda mengingati dan mengamalkan semua langkah keselamatan untuk mengelakkan kerugian dan kecederaan.

 

 

Tidak Melakukan Pengelengaraan: Adakah anda culas dalam menukar minyak hitam kereta? Jadi, begitu juga dengan mesin laser anda. Rutin operasi anda sepatutnya termasuklah mencuci cermin dan ethanol atau acetone, dimana ia penting untuk memastikan mesin anda berjalan lancer. Ia penting untuk precision potongan ukiran yang berkualiti. Tumpukan perhatian kepada Pengelengaraan dan anda tidak akan menyesal kemudian hari.

 

Tonton Vide Di Bawah Untuk Mengetaui Cara Menyelenggara Mesin Laser Cut Anda


Sumber : Youtube KendallCreations

 

 

Merendahkan  Nilai Kerja Anda: Jangan jadi Perosak Market — orang yang merendahkan dirinya sendiri, merasakan ia jalan pintas untuk Berjaya. Kemahiran dan kreativiti anda sangat berharga. Keyakinan boleh memangkin Value Sebenar  kerja anda, dan membawa anda ke peringkat yang lebih tinggi dalam masa hadapan. Kemahiran dan kreativiti adalah produk anda—letakkan harga yang betul. Caslah sewajarnya.

 

 

Mengabaikan Pelanggan: Anda bukan sahaja mengukir objek; anda mengukir sebuah  pengalaman. Ingat, perkhidmatan pelanggan penting sama seperti karya seni anda. Sebagai pemilik perniagaan ukiran laser kecil yang baharu, anda mempunyai senjata rahsia untuk menambat hatu pelanggan anda dengan melibatkan mereka secara langsung dalam proses kreatif. Ia seperti memberi mereka berus cat dan palet bahan yang pelbagai untuk mencipta karya mereka sendiri. Dengan mewujudkan suasana kerjasama dan inovasi, anda bukan sahaja melayani pelanggan tetapi juga menyalakan jiwa kesenian dalam diri mereka.

 

 

Mengehadkan Keupayaan Mesin: Bersedia untuk teroka dunia  kreatif dengan mesin laser anda? Ambil sedikit, lenturkan imaginasi anda, dan ingatlah pepatah Melayu mengatakan “ Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil. Anda mungkin menghadapi halangan dan rintangan dalan usaha kreatif anda, pasti ad acara mengatasinya.

 

 

Mengabaikan Pelan Untuk Berkembang: Adakah anda fikir kejayaan bermakna perniagaan laser berjalan lancar? Nah, fikir semula. Sediakan Pelan Untuk Mengembankan Perniagaan ; jika tidak, apabila kejayaan datang mengetuk, anda mungkin mendapati diri anda tidak bersedia.

 

 

Kesimpulan

Jadi sekarang anda sudah mempunyai semua maklumat dan perincian. Hidupkan mesin laser cut anda dan hasilkan produk sekarang! Jika anda mempunyai masalah, kesemua sumber maklumat boleh didapati dalam talian, hanya menuggu untuk diterokai.  Kami telah mengumpulkan maklumat seperti manual penggunaan, soalan lazim dan banyak lagi

 

Elakkan kesilapan yang dinyatakan di sini dan belajar sebanyak mungkin sebelum mulakan bisnes kraf  ukiran laser. Percayalah ia akan mengubah perniagaan anda ke tahap lebih tinggi. Ingatlah, kita bercakap tentang laser, buka roket sains. Seni Kraf Laser ini memang hebat, jadi berseronoklah, nyalakan kreativiti anda dan mula jana keuntungan.

 

 

Anda boleh mendapatkan pelbagai tips dan infomasi mengenaik dunia kraf ukiran laser di Facebook kami, ikuti kami di Facebook dengan link link dibawah

Lasercut.my Official FB

 

 

Pelajari cara memasang mesin laser cut di sini

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

founder lasercut.my

Hi, I'm halim_yahya

Abdul Halim is an DIY'er entustie and founder for Lasercut.my. His goal is to help educate and inspire you with your laser engraving machine.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    × We are here to help?