9 Cara Jana Pendapatan dengan Bisnes Kraf Ukiran Laser

by | Oct 16, 2023 | Business

Author
halim_yahya
Category
Date
October 16, 2023

Cara jana pendapatan dengan bisnes kraf ukiran laser, adalah salah satu cara menjana pendapatan dalam bidang perkhidmatan. Industri yang sudah lama berkembang di Malaysia.

 

Namun begitu, oleh sebab kurangnya pendedahan ilmu dan penggunaan mesin laser cut maka ianya kurang dikenali oleh orang awam terutamanya dalam bidang ukiran kraf laser.

 

Pemotongan laser adalah proses yang menggunakan laser untuk memotong bahan. Ia adalah kaedah pemotongan yang sangat tepat dan cekap.

 

cara jana pendapatan 01

 

Walau bagaimanapun ia menjadi semakin popular dalam pelbagai industri. Potongan laser ukiran ialah sejenis pemotongan laser yang digunakan untuk mencipta reka bentuk pada permukaan suatu bahan.

 

Pancaran laser difokuskan pada kawasan bahan yang sangat kecil, yang menyebabkan bahan mencair atau menguap. Ini menghasilkan potongan yang bersih dan tepat.

 

Pemotongan ukiran laser boleh digunakan pada pelbagai jenis bahan, termasuk logam, plastik dan kayu. Ia sering digunakan untuk mencipta hadiah yang diabadikan, seperti barang kemas, tanda signage dan anugerah. Ia juga boleh  digunakan untuk mencipta produk perindustrian, seperti label dan pembungkusan.

 

Terdapat dua jenis utama pemotongan laser ukiran: ukiran raster dan ukiran vektor.

 

  1. Ukiran raster berfungsi dengan cara yang sama seperti pencetak. Pancaran laser bergerak ke sana ke mari di atas permukaan yang dikehendaki, dari atas ke bawah. Semasa ia bergerak, ia menandakan kawasan yang mesin memberitahunya.

 

  1. Ukiran vektor mengikut laluan garisan yang ditakrifkan oleh fail vektor. Jenis ukiran ini selalunya digunakan untuk membuat potongan yang tepat, seperti yang diperlukan untuk huruf dan logo. Pemotongan ukiran laser ialah alat serba boleh dan berkuasa yang boleh digunakan untuk mencipta pelbagai jenis produk. Ia adalah pilihan popular untuk perniagaan dan individu yang perlu mencipta produk berkualiti tinggi dengan ketepatan dan kekemasan.

 

Berikut ialah beberapa contoh pemotongan ukiran laser :

  1. Papan nama diabadikan pada hadiah
  2. Logo korporat pada papan tanda
  3. Nombor siri pada produk
  4. Reka bentuk hiasan pada sekeping barang kemas
  5. Corak pada sehelai kain
  6. Label tersuai untuk produk

 

 

Pemotongan laser ukiran boleh digunakan untuk mencipta reka bentuk apa-apa kerumitan, daripada teks ringkas kepada imej yang rumit. Ia adalah kaedah pemotongan yang sangat tepat, dan ia boleh digunakan untuk mencipta reka bentuk yang sukar atau mustahil untuk dibuat dengan kaedah lain.

Bagaimana cara jana pendapatan dengan bisnes servis laser cutting

    1. Dapatkan dahulu mesin laser cut daripada kami
    2. Sediakan servis
    3. Terokai perkara baharu
    4. Luaskan pemasaran secara online
    5. WOM ( Word Of Mouth )
    6. Bina Website
    7. Landing Page
    8. Bina Facebook Page
    9. Kehendak

     

     

    1. Dapatkan dahulu mesin laser cut daripada kami

    Lasercut.my adalah tempat yang terlengkap untuk mendapatkan kelengkapan mesin laser cut, dari material hingga ke mesin mesin ukiran laser, semuanya boleh didapati di sini.

     

     

  1. 2. Sediakan servis

    Apa servis yang anda tawarkan kepada pelanggan ?
    Servis laser cutting secara pukal yang memfokuskan kepada syarikat-syarikat besar, majlis, dan acara.
    Dan fokus juga kepada pelanggan end user, iaitu pelanggan yang membeli secara kecil-kecilan. Yang mana anda perlu menjual sendiri di media sosial dan website.

     

     

  2. 3. Terokai perkara baharu

    Anda dinasihatkan mencuba dengan pelbagai. Terokai pasaran baharu dan mula mencipta design yang terbaru di pasaran. Anda selaku usahawan, sepatutnya berani dalam mencuba perkara-perkara baru.

     

    4. Luaskan pemasaran secara online

    Apabila bercakap mengenai pemasaran, kami syorkan anda luaskan pasaran dengan lakukan aktiviti di media sosial. Sebagai contoh, pastikan anda muat naik perkembangan hasil kerja ukiran laser,
    aktiviti di belakang tabir iaitu proses dari scratch kepada proses siap. Media sosial yang anda boleh gunakan adalah di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube. Sesekali lakukan LIVE di page Facebook dan video di Reels, bagi menaikkan lagi kepercayaan pelanggan kepada anda. Supaya mendapat capaian lebih daripada followers asal.

     

    5. WOM ( Word Of Mouth )

    Permulaan bisnes kami bermula dengan kawan-kawan yang menempah setelah melihat hasil kerja kami di Facebook. Kemudian, disebabkan rasa puashati dengan produk ukiran laser yang kami hasilkan. Pelanggan tadi mencadangkan kepada rakan kenalan mereka pula dan seterusnya. Inilah yang dinamakan WOM. Teknik ini berkesan dalam kerja pemasaran dan kadar peratus untuk dapatkan job adalah tinggi.

     

    6. Bina Website

    Upah individu yang mahir untuk bina website. Tujuannya bagi meluaskan lagi pasaran bisnes ukiran laser dalam dan luar negeri. Pastikan website anda lengkap dengan maklumat syarikat seperti mis, visi, testimoni pelanggan, nombor telefon untuk dihubungi, serta alamat perniagaan dan juga artikel berkaitan bisnes anda. Jangan lupa pastikan website anda mesra pengguna. Iaitu website ringan untuk pelanggan akses terus ke website.

     

    7. Landing Page

    Seterusnya, bina landing page supaya mudah untuk pelanggan membuat tempahan ukiran laser. Bina landing page yang kemas susun aturnya, serta ayat yang digunakan dalam landing page tersebut dalam mempengaruhi pelanggan untuk bertindak segera bagi membuat tempahan.

     

    8. Bina Facebook Page

    Pastikan anda membuka satu akaun page Facebook khas untuk bisnes ukiran laser. Jangan campurkan dengan bisnes lain. Ini kerana, mahu kepercayaan daripada pelanggan. Bina konten berkaitan ukiran laser. Sebagai contoh memberi panduan atau tips kepada pelanggan sebelum, semasa dan selepas pembelian.

    Tidak lupa juga untuk paparkan hasil kerja ukiran anda, behind the scene dan sebagainya di page. Seimbangkan konten menjual dan informasi.

     

    9. Kehendak

    Sebagai usahawan ukiran kraf laser, anda perlu fahami kehendak pelanggan terlebih dahulu sebelum memproses bahan. Supaya dapat mencapai kata sepakat antara anda dan pelanggan.

     

     

    Cara pengiraan kos sebenar dengan bisnes ukiran kraf laser

     

    Maklumat penuh

    Peringkat pertama adalah anda perlu mengumpul maklumat daripada pelanggan. Tanya seberapa banyak maklumat seperti saiz, jenis tulisan, dan rekaan yang dimahukan seperti anda ke proses seterusnya.

     

    Design

    Bagi menghasilkan reka bentuk dengan ukiran laser. Anda tidak boleh terus buat di mesin laser cut. Pastikan anda buat scratch terlebih dahulu di Adobe Photoshop. Ini kerana, anda perlu tunjukkan dahulu draf kepada pelanggan sebelum menghasilkan kraf laser. Sama ada diterima atau mahu diubah.

     

    Kos Operasi

    Meliputi bil elektrik, masa mesin proses, harga mesin, dan laser gas

     

    Kos Setup mesin

    1x Cutting board bersamaan RM 4.00 ( Harga untuk hidupkan mesin sebelum bermula
    cetakan )
    Sebagai contoh, masukkan kertas atau material lain, buat jigs untuk running projek. Atau kos
    cover sebarang kemungkinan kerja masuk dan keluarkan material dari mesin.
    Anda boleh masukkan ke dalam kos setup mesin.

     

    Kos Material

    Pastikan anda menggunakan material sendiri. Andai kata, terdapat kesilapan daripada pihak anda, boleh menampung kos tersebut.
    Masukkan sekali kos pengangkutan bagi penghantaran sama ada secara pos atau penghantaran terus ke lokasi ( COD )

     

    Kos Labour dan finishing

    Sebagai contoh, jika kerja melibatkan chopping. Maka tiadalah kos tambahan. Selepas kerja mengukir siap, anda tidak perlukan kos lain lagi kerana hanya perlu sapu sahaja. Secara keseluruhannya, bagi kos seunit adalah RM 30.00. Harga seunit ini adalah chopper dan tidak termasuk servis ukiran laser lain.

     

  3. Nak jana pendapatan dengan bisnes ukiran laser, ada kebaikan dan keburukannya

    Selain usahawan perlu mengetahui cara pengiraan kos, ada lagi perkara perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan .

     

    Kepelbagaian

    Boleh dikatakan setiap hari job dari mesin laser cut akan masuk. Job setiap hari berlainan dan mencabar tahap kemahiran yang anda miliki. Semakin lama
    anda dalam bidang mesin laser cut, kemahiran akan bertambah.

     

    Pelanggan Repeat

    Jika pelanggan berpuashati dengan job pertama, mereka akan menjadi pelanggan tetap anda.

  4. Kepuasan

    Siapa yang tidak suka, apabila ada pelanggan memberikan kepada anda job besar. Satu penghargaan buat anda, kerana mereka percayakan servis anda.

  5.  

    Keburukan

    Sebut Harga

    Bukan semua pelanggan akan bersetuju dengan sebut harga yang anda berikan. Jika bajet mereka kecil. Jadi, anda lepaskan sahaja. Dan, ada juga memberikan kata putus untuk bersetuju dengan servis and  lambat. Sebagai usahwan mesin laser cut, bersabar.

     

    Perubahan

    Tidak dinafikan, ada juga pelanggan akan minta anda mengubah design di saat akhir. Cara tepat adalah anda perlu berbincang dengan pelanggan dan memberitahu syarat berapa kali sahaja untuk pembetulan sebelum proses akhir bermula.

     

    Job kecil

    Job kecil, biasanya tidak dapat menampung kos overhead. Sebaiknya tolak job. Jika lakukan juga, dikhuatiri anda bekerja dengan tidak seronok, tidak bermakna. Lalu menjadikan hasil yang tidak produktif.

    Nak lebih jelas penerangan, anda boleh tonton di Youtube : Bagaimana Saya Buat Duit
    Dengan Laser Cutting ( Part 1 ) dan ( Part 2 )

     

    Cara jana pendapatan dengan menjual produk ukiran laser kepada end user.

    Cara jana pendapatan seterusnya adalah dengan menjual produk kepada end user. Iaitu anda perlu menjual produk kepada pembeli, dropship mahupun agen.

    Sebelum menghasilkan produk kepada end user, anda perlu lakukan penghasilan idea, kajian keatas pasaran ( menjual produk berdasarkan permintaan. Sebagai contoh keychain atau jam dinding ) , dan anda juga boleh menghasilkan produk baru.

  6. Justeru itu, cara jana pendapatan dengan bisnes ukiran laser tidak sukar. Asalkan anda tahu mengira kos yang terlibat seperti material, kos operasi, kos setup mesin, dan kos labour serta finishing.
  7. Dengan adanya mesin laser cut, anda sebagai usahawan boleh mencipta idea-idea baru juga melalui ukiran laser. Merealisasikan impian pelanggan dalam bentuk rekaan ukiran kraf laser. 

    Anda boleh mendapatkan pelbagai tips dan infomasi mengenaik dunia kraf ukiran laser di Facebook kami, ikuti kami di Facebook dengan link link dibawah

    Lasercut.my Official FB

1 Comment

  1. Rosli Ramli

    Saya berminat untuk menceburi bidang perniagaan Laser cut. Adakah pihak tuan menyediakan training untuk menggunakan mesin laser cut?

    Adakah tuan melantik reseller atau agen dropship atau affiliate untuk end-users produk yg tuan hasilkan?

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

founder lasercut.my

Hi, I'm halim_yahya

Abdul Halim is an DIY'er entustie and founder for Lasercut.my. His goal is to help educate and inspire you with your laser engraving machine.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    × We are here to help?