12 Bantuan Pinjaman MARA Boleh Dipohon Usahawan Bumiputera

by | Dec 25, 2023 | Business

Author
halim_yahya
Category
Date
December 25, 2023

Terdapat banyak jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera yang boleh dipohon peniaga. Betapa bertuahnya  mereka yang mengambil peluang dan memohon pinjaman Mara untuk memaju dan mengembangkan perniagaan.

 

Peningkatan kos barang mentah dan tekanan ekonomi global mengakibatkan ramai usahawan terkesan. Pelbagai insentif dari kerjaan dan NGO telah diadakan bagi membantu usahawan. Ramai usahawan dan peniaga berkelayakan tidak mengetahui tentang adanya kemudahan dan bantuan yang di sediakan oleh pihak MARA.

 

Oleh itu, kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman MARA yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.

 

 

Pinjaman MARA

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing  dan relevan mengikut kehendak pasaran.

 

Skim pinjaman MARA  ini menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan.

 

Mengikut statistik, MARA telah memberikan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada hampir 17,000 usahawan bumiputera dengan melibatkan saluran pembiayaan berjumlah lebih daripada RM288 juta bagi tahun 2020 melalui Bantuan Pinjaman MARA.

 

 

12 Bantuan Pinjaman MARA Boleh Dipohon Usahawan Bumiputera

 

12 Bantuan Pinjaman MARA Boleh Dipohon Usahawan Bumiputera

 

Usahawan Bumiputera perlu cakna dan mengambil peluang ini  bagi meningkatkan lagi taraf sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.

 

Justeru itu, sokongan kemudahan pembiayaan perniagaan ini dibahagikan kepada beberapa jenis yang menawarkan pembiayaan

 

  • RM500 ribu ke bawah
  • RM500,001 sehingga RM1 juta
  • Tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan.

 

Kelebihan Skim Pinjaman MARA ini adalah patuh syariah, mudah dipohon  dan kelulusan cepat.

 

 

Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

  1. Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)
  2. Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  3. Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)
  4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  5. Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  6. Program Rantaian Industri (PRiN)
  7. MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  8. Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  9. SPiM Tekno
  10. Program Galakan Eksport (GEB)
  11. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  12. Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional

 

Di sini dijelaskan tentang Skim Pinjaman MARA yang tersenarai di atas:

 

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)

 

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)

Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan. Program ini bertujuan melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

 

Syarat Am

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-40 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

 

Syarat-syarat Khusus

 

 Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik

  • Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA

 

Skop Pembiayaan

 

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

 

Had Pembiayaan

 

  • RM10,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-3 tahun / 12-36 bulan

 

 

 

Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)

 

Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)

 Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil

 

Syarat Am

 

  •  Berusia 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Mendapat sokongan pengawal pusat IPMa berkaitan
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Perniagaan patuh Syariah

 

Had Pembiayaan

 

  • Had pembiayaan : RM50,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-5 tahun / 12-60 bulan

 

 

Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)

 

OKU

Kemudahan Pembiayaan khusus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berdikari dengan mengusahakan perniagaan sendiri

 

Syarat Am

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

 

Syarat-syarat Khusus

 

  • Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya.
  • Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar
  • Memula/ mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa;
    Atau Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam (6) bulan

 

Had Pembiayaan

 

  •  Minima : RM10,000.00
  • Maksimum : RM50,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-5 tahun / 12-60 bulan

 

 

Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)

 

Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)

 

 Mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki

 

Syarat Am

 

  •  Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

 

Syarat-syarat Khusus

 

  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta

 

Skop Pembiayaan

 

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) Merangkumi:
  • 60% pembiayaan
  • 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

 

Had Pembiyaan 

 

  • Pembelian mesin dan peralatan
    • Minima: RM3,000.00
    • Maksimum:RM500,000.00
    • Modal Pusingan

 

3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah.

  

Tempoh Bayaran

 

  • 1-5 tahun @ 12-60 bulan

 

 

Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

 

Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

 

Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

 

Syarat Am 

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

 

Kelonggaran Syarat:

 

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

 

Skop Pembiayaan

 

  •  Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan

 

Had Pembiayaan

 

  •  RM150,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  •  1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

 

Program Rantaian Industri (PRiN)

 

Program Rantaian Industri (PRiN)

 

Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player.

 

Mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market

 

Syarat AM 

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 21-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

 

Syarat-syarat Khusus

 

  • Syarikat berstatus Sdn.Bhd dan bertaraf Bumiputera dimana pegangan/ pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya 60%
  • Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk tempoh tiga (3) tahun terkini.
  • Belum pernah menerima kemudahan di bawah program INTEP, Smart Auto atau KPP atau PITT

 

Skop Pembiyaan

 Modal Pusingan

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai dan Peningkatan Imej Premis/Kilang
  • Pengkomersilan Produk dan Perkhidmatan

 

Pembiyaan

 

  • RM1,000,000.00

 

 Tempoh Pembiyaan

 

 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

 

MARA Integrated Smart Auto (MISA)

 

MISA360X360.jpg

Menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part). Memberi peluang dan membantu usahawan untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada yang berskala besar

 

Syarat AM

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 20-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

Syarat-syarat Khusus

 

  • Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion
  • Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.

 

 Skop Pembiyaan 

 

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis/Bengkel

 

Skop

 

  • Modal pusingan kerja
  • Ubahsuai bengkel
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Stok

 

 

Had Pembiyaan

 

  • RM1,000,000.00

 

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

 

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

 

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan

 

Syarat Am

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

 

Skop  Pembiyaan

 

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

 

 

Had Pembiyaan

 

  • Milikan Tunggal / Perkongsian :
  • RM250,000.00
  • Syarikat Sdn. Bhd :
  • RM500,000.00

 

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

 

SPiM Tekno

 

SPiM Tekno

 

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan khusus kepada usahawan  dalam bidang teknologi dan di bawah Program Pembangunan Usahawan Teknologi

 

Syarat Am

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

Had Pembiayaan

Milikan Tunggal / Perkongsian :

  • Minima: RM50,000.00
  • Maksimum: RM250,000.00

Syarikat Sdn. Bhd :

  • Minima: RM50,000.00
  • Maksimum: RM500,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

 

Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera

 

Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport/ antarabangsa. Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia

 

Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport/ antarabangsa.

 

Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia

 

Syarat-syarat Asas

 

  • Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd dan memiliki100% ekuiti syarikat
  • Memenuhi definisi PKS seperti berikut:
    • Sektor Pembuatan
    • Jualan tahunan kurang daripada RM50 juta ATAU kurang daripada 200 pekerja sepenuh masa
  • Sektor Perkhidmatan dan lain-lain
    • Jualan tahunan kurang daripada RM20 juta ATAU kurang daripada 75 pekerja sepenuh masa
    • Telah beroperasi sekurang -kurangnya tiga (3) tahun
    • Beroperasi di premis yang sah
    • Mendapat penarafan SCORE 3-bintang dan ke atas
    • Mempunyai sijil / pensijilan yang diperlukan bagi urusniaga eksport.
    • Produk / perkhidmatan buatan Malaysia (mempunyai sekurang-kurangnya 40% kandungan tempatan)
  • Berumur 21-60 tahun bagi semua Ahli Lembaga Pengarah
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan CCRIS/RAM/CTOS
  • Perniagaan patuh Syariah

 

 

Skop Pembiyaan

 

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Installation & ICT Adoption
  • Ubah suai Premis/Kilang
  • Promosi dan Pengiklanan di Luar Negara

 

Had Pembiyaan

 

  • RM2,500,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 10 tahun @ 120 bulan

 

 

Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

 

Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Kemudahan pembiayaan yang mana panel menawarkan kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera.

 

 

Syarat-syarat Asas

 

  • Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd
  • Telah beroperasi sekurang -kurangnya dua (2) tahun
  • Mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
  • Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kemudahan bank
  • Perniagaan Bumiputera berstatus perkongsian dan milikan tunggal
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun
  • Mempunyai Penyata Kewangan sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
  • Mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini
  • Mempunyai rekod jualan minimum RM500,000 setahun
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Panel

 

 

Skop Pembiyaan

 

  • Modal Pusingan/kerja
  • Pembelian Aset
  • Pembiayaan Projek/Kontrak

 

 

Had Pembiyaan

 

RM2,000,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • Tempoh Jaminan sehingga 15 Tahun

 

 

 

Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional

 

PROFESIONAL

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC)

 

Meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional

 

 

Syarat-syarat Asas

 

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

Syarat-syarat Khusus

  • Golongan Profesional yang diiktiraf dan berdaftar sebagai ahli badan profesional yang berkenaan
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang profesional yang berkaitan mengikut tempoh dan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan usahawan yang berkaitan
  • Memenuhi syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan keusahawanan yang berkaitan

 

Skop Pembiyaan

 

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

 

 

Had Pembiyaan

 

  • Milikan Tunggal/ Perkongsian: RM250,000.00
  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00

 

Tempoh Bayaran

 

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

Jaminan

  • Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

 

Atau

  • Cagaran
    Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.

 

Atau

  • Gabungan kedua-duanya sekali

 

Atau

  •  Simpanan Tetap
    Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

 

Maklumat Lanjut Tentang Pinjaman MARA

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan pinjaman MARA, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Info lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang MARA RASMI

 

Diharapkan anda mendapat manafaat dari maklumat yang kami berikan. Bila dah lulus pinjaman MARA, bolehlah dapatkan mesin laser ukiran laser di LasercutMY

 

Baca juga:

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

founder lasercut.my

Hi, I'm halim_yahya

Abdul Halim is an DIY'er entustie and founder for Lasercut.my. His goal is to help educate and inspire you with your laser engraving machine.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    × We are here to help?