website Langkau ke kandungan
Lagi Pakej Perniagaan Membuat Hadiah Laser
MYR
  • INR
  • GBP
  • CAD
  • USD
  • AUD
  • EUR
  • JPY
  • MYR

Cari Produk

8 Langkah Memasang Mesin Laser

  • oleh halim yahya

Pemasangan mesin potong laser untuk model 320 Basic dan 640 Basic adalah serupa. walau bagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan dalam kedudukan hos/palam bergantung pada model semasa.

Artikel ini sangat berguna untuk mereka yang mencari Panduan Pemasangan Mesin Laser, sama ada anda seorang kustromer LasercutMY atau membeli mesin terus dari China.

Langkah 1: Sambungkan pam air.

Terdapat 2 hos air putih terletak di bahagian belakang mesin. Satu hos bersambung ke Pam Air, manakala satu lagi dihalakan ke dalam bekas air. Air hendaklah diisi kira-kira 3/4 daripada ketinggian bekas.

Anda diingatkan untuk sentiasa memastikan air mengalir semasa mesin beroperasi. Pam Air ini mendapat sumber kuasanya daripada Mesin Laser.

Langkah 2 : Sambungkan Pam Udara

Pam Udara berwarna perak dan membantu proses pemotongan dan ukiran berjalan dengan lancar. Terdapat hos hitam/putih berlabel "Air Assist" yang perlu disambungkan ke Pam Udara. Pam Udara ini juga mendapat sumber kuasanya daripada Mesin Laser.

Langkah 3 : Pasang pengudaraan Udara

Pengudaraan menyalurkan habuk dan asap keluar dari ruang kerja. Semua mesin laser yang dibekalkan oleh LasercutMY disertakan dengan Pengudaraan Udara. Pasang pengudaraan ini yang terletak di bahagian belakang mesin pemotong laser.

Langkah 4 : Sambungkan Kabel Kuasa

Palamkan kabel kuasa ke dalam mesin, pastikan palam tidak dikongsi dengan mesin yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti Heat Press atau Mesin CNC.

Langkah 5 : Dapatkan ID Mesin

ID nombor boleh didapati di Motherboard, yang terdiri daripada 2 baris huruf dan nombor.

Langkah 6 : Sambungkan Kabel USB ke kabel

Langkah 7 : Sambungkan Dongle Jingga ke Komputer

Mesin tidak boleh beroperasi jika dongle ini tidak dipasang.

Langkah 8 : Hidupkan Mesin Laser.

Pemasangan Mesin Laser telah selesai, dan ia sedia untuk digunakan.

Anda sudah bersedia dan anda boleh mula mencipta produk anda.

 


Tambah arahan Khas untuk pesanan anda
Kod Kupon
TOLONG KE ATAS